Tuesday, December 20

mesej

dari hari ke hari aku menjadi lebih hebat dan semakin hebat!

tergerak hati untuk menulis entri hari ini.
sekadar ingin meluahkan apa yang terbuku di dada.
entah sudah berapa kali kelopak mata ini terasa panas hari ini.
aku tidak mampu menahan air mata ini daripada tumpah lagi.

bertubi-tubi.ujian datang menimpa diri.adakah Allah sudah murka pada aku? ya Allah,kiranya aku ini hamba yang lemah.kuatkanlah aku dengan kudratMu ya tuhan.

semalam,tatkala aku sedang bersemangat mengikuti perbincangan di dalam meeting untuk Persidangan Tahunan Mahasiswa (PERTAMA) ke 6,telefonku bergegar menandakan ada mesej masuk. cepat-cepat aku capai ia dan dengan adrenalin yang meningkat secara tiba-tiba aku berharap agar mesej itu datang dari umi.memang benar. mesej itu dari umi. sejurus selepas habis membaca mesej itu,hormon adrenalinku turun terus.aku tundukkan wajah,terkebil-kebil menahan rasa.

aku tahu mesej itu adik yang tulis,bukan umi. tapi bukan itu yang mengubah mood aku. isi mesej itu yang telah merentap hatiku.khabar buruk dari Tanah Air tercinta. berita buruk yang baru kini mampu aku fahami dengan hati,jauh ke hadapan.

tidak perlulah aku nyatakan apakah perkhabaran itu.cukup sekadar untuk melepaskan rasa kesedihan yang sedang melanda diri.

aku takkan pernah berhenti menyayangi mereka.
walau seteruk,walau sejahat ,walau sezalim manapun mereka.
mereka tetap aku.

aku membayangkan ,bagaimana akan kuhadapi kehidupan aku selepas ini. aku mahu,jika ditakdirkan Allah mahu menarik nyawaku atau nyawa mereka dalam masa terdekat,biarlah setelah aku selesaikan semua hak-hak orang yang belum lagi tertunai.yang tertangguh.biarlah selepas mereka dapat kubawa hampir dengan Allah. biarlah setelah air mata taubat mengalir deras daripada segenap penjuru mata itu.

aku hanya seorang hamba yang masih mencari-cari jalan pulang. cintaku,semata-mata mahu kubawa mereka semuanya kepadaMu ya tuhanku.

kekuatan itu dariMu.dan hanya kepadaMulah aku sandarkan sepenuh pengharapan.

berikanlah kami petunjukMu .

No comments:

Post a Comment

قل الخير ولو كان مرا..