Tuesday, December 20

Aidiladha

dari hari ke hari aku menjadi lebih hebat dan semakin hebat!

insyaAllah esok 6 November 2011 bersamaan dengan 10 Zulhijjah hari Ahad seluruh umat Islam di seantero pelusuk dunia bakal menyambut hari raya Aidiladha..hari raya Aidiladha ni salah satu daripada dua hari raya yang ada dalam Islam itu.satu lagi ialah hari raya Aidilfitri.

petang tadi bumi Jordan dibasahi hujan.Rahmat daripada Allah yang maha pemurah lagi maha memberi rezeki.di tanganNya terletak kunci segala rezeki.aku seorang hamba yang teguh membelah hujan,petang tadi :)..yaa,haruslah begitu..kegembiraan diselubungi oleh titisan hujan yang manja mencuit2 pakaian baju kurung merah jambuku siang tadi.Alhamdulillah..Allah masih mahu mengurniakan kesihatan dari kudratNya untuk terus mengabdi diri dalam kesempurnaan.

malam ini takbir sudah mula bergema.syahdu dan sayup2 menyentuh hati..apatah lagi ditambah dengan alunan takbir dan tahmid mendayu oleh pak cik2 jemaah  yang sangat merdu.status2 mula berupdate2an..berseriau aku membacanya..ada yang sedih2..katanya teringat kampung halaman dan kenangan silam waktu beraya di sisi keluarga tersayang..ada juga yang happy2an..yeay!yeay!esok raya! makanya itu semua mencipta pelangi dalam hidupku. kepelbagaian ragam manusia tika menempuh satu2 detik dalam hidupnya.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

قل الخير ولو كان مرا..