Monday, October 7

Welcome back!

Assalamualaikum wbt..

dah 2 tahun tak update blog ni.entah apa2 je laa..haha..
lepas ni harap istiqamahlah ye...

Tuesday, December 20

mesej

dari hari ke hari aku menjadi lebih hebat dan semakin hebat!

tergerak hati untuk menulis entri hari ini.
sekadar ingin meluahkan apa yang terbuku di dada.
entah sudah berapa kali kelopak mata ini terasa panas hari ini.
aku tidak mampu menahan air mata ini daripada tumpah lagi.

bertubi-tubi.ujian datang menimpa diri.adakah Allah sudah murka pada aku? ya Allah,kiranya aku ini hamba yang lemah.kuatkanlah aku dengan kudratMu ya tuhan.

semalam,tatkala aku sedang bersemangat mengikuti perbincangan di dalam meeting untuk Persidangan Tahunan Mahasiswa (PERTAMA) ke 6,telefonku bergegar menandakan ada mesej masuk. cepat-cepat aku capai ia dan dengan adrenalin yang meningkat secara tiba-tiba aku berharap agar mesej itu datang dari umi.memang benar. mesej itu dari umi. sejurus selepas habis membaca mesej itu,hormon adrenalinku turun terus.aku tundukkan wajah,terkebil-kebil menahan rasa.

aku tahu mesej itu adik yang tulis,bukan umi. tapi bukan itu yang mengubah mood aku. isi mesej itu yang telah merentap hatiku.khabar buruk dari Tanah Air tercinta. berita buruk yang baru kini mampu aku fahami dengan hati,jauh ke hadapan.

tidak perlulah aku nyatakan apakah perkhabaran itu.cukup sekadar untuk melepaskan rasa kesedihan yang sedang melanda diri.

aku takkan pernah berhenti menyayangi mereka.
walau seteruk,walau sejahat ,walau sezalim manapun mereka.
mereka tetap aku.

aku membayangkan ,bagaimana akan kuhadapi kehidupan aku selepas ini. aku mahu,jika ditakdirkan Allah mahu menarik nyawaku atau nyawa mereka dalam masa terdekat,biarlah setelah aku selesaikan semua hak-hak orang yang belum lagi tertunai.yang tertangguh.biarlah selepas mereka dapat kubawa hampir dengan Allah. biarlah setelah air mata taubat mengalir deras daripada segenap penjuru mata itu.

aku hanya seorang hamba yang masih mencari-cari jalan pulang. cintaku,semata-mata mahu kubawa mereka semuanya kepadaMu ya tuhanku.

kekuatan itu dariMu.dan hanya kepadaMulah aku sandarkan sepenuh pengharapan.

berikanlah kami petunjukMu .

Aidiladha

dari hari ke hari aku menjadi lebih hebat dan semakin hebat!

insyaAllah esok 6 November 2011 bersamaan dengan 10 Zulhijjah hari Ahad seluruh umat Islam di seantero pelusuk dunia bakal menyambut hari raya Aidiladha..hari raya Aidiladha ni salah satu daripada dua hari raya yang ada dalam Islam itu.satu lagi ialah hari raya Aidilfitri.

petang tadi bumi Jordan dibasahi hujan.Rahmat daripada Allah yang maha pemurah lagi maha memberi rezeki.di tanganNya terletak kunci segala rezeki.aku seorang hamba yang teguh membelah hujan,petang tadi :)..yaa,haruslah begitu..kegembiraan diselubungi oleh titisan hujan yang manja mencuit2 pakaian baju kurung merah jambuku siang tadi.Alhamdulillah..Allah masih mahu mengurniakan kesihatan dari kudratNya untuk terus mengabdi diri dalam kesempurnaan.

malam ini takbir sudah mula bergema.syahdu dan sayup2 menyentuh hati..apatah lagi ditambah dengan alunan takbir dan tahmid mendayu oleh pak cik2 jemaah  yang sangat merdu.status2 mula berupdate2an..berseriau aku membacanya..ada yang sedih2..katanya teringat kampung halaman dan kenangan silam waktu beraya di sisi keluarga tersayang..ada juga yang happy2an..yeay!yeay!esok raya! makanya itu semua mencipta pelangi dalam hidupku. kepelbagaian ragam manusia tika menempuh satu2 detik dalam hidupnya.

Alhamdulillah.

Tuesday, October 18

kagum

dari hari ke hari aku menjadi lebih hebat dan semakin hebat!

hari-hari yang berlalu
bercerita tentang satu kalimah
seawal pagi embun menitis gemalai
menyegarkan tanah gersang itu

kita berdiri atas satu kaki
mungkin belum pernah berjalan satu kaki
rasa syukur memanjat bibir
terjun dalam liku-liku hidup

aku hamba di penantian cinta
berlari dan terus berlari
gemersik lagu mendendang syahdu
oh rindu datang lagi

duhai hati pemilik cinta
dekati diriku lumuri daku
perjalanan ini serasa memberat
ku jatuh bangun dalam letih


ku cari aku dalam aku
hidup aku dalam matinya dia.

Kisahku bermula semula

bismillah..

blog ini baru saja diedit setelah dibiarkan tidak terjenguk sejak setahun yang lalu.kesian dia.dah setahun aku tinggalkan,bermacam-macam cerita tentang diri aku yang tak ter'update'.

biasanya bila dah lama tak jumpa,orang kita mesti akan tanya khabar mula2 sekali.
apa khabar?
"Alhamdulillah,ana bilkheir...kullu isyi tamaaammm...insyaAllah.."
biasanya inilah jawapan aku bila ada orang tanya khabar.walaupun kadang2 ada saat2 down nya,aku tetap jawab gitu jugak..bukan menipu..tak elok menipu tau,aku pun tahu.tapi bagi aku dengan menjawab macam tu,dapat mendidik jiwa aku untuk menjadi orang yang sabar dan syakur( banyak bersyukur).plus,kata2 yang positif akan membina dalaman yang positif(part ni aku suka:)


sebenarnya yang membuatkan aku tergerak hati untuk membersihkan sawang2 dalam blog ni ialah keinginan yang mencurah2 untuk meluahkan apa yang terbuku di hati.

aku tak mampu nak bercerita kat orang,coz aku ni memang jenis tak suka cerita soal hati dan perasaan lebih2 kat orang.ego kott..xtahulah..mungkin aku cuma tak biasa.dan aku paling tak suka kalau bila aku bercerita,orang tak faham cerita aku.aku bukan marah sebab orang tu tak faham,tapi aku geram sebab aku xpandai bercerita.ni salah satu sebab aku susah nak kongsi suka duka yang tersembunyi dalam hati kat orang lain..<3


insyaAllah,blog ini akan aku jadikan sebagai  catatan perjalanan hidup seorang 'aku'. Erti hidup pada aku adalah seperti di atas..( tengok atas tuu :) ..yes,hidup ini adalah segalanya tentang tarbiyah seorang insan yang menjadi hamba kepada pemilik seluruh alam,Allah.aku harap segala yang aku akan catatkan di sini nanti akan jadi saham untuk aku di akhirat nanti..insyaAllah:)